LinkedIn Kini Mempunyai Lebih 900 Juta Pengguna Berdaftar – 6 juta+ Di Malaysia

TechnologyDigital
27 Jan 2023 • 5:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Microsoft kini berkongsi mengatakan media sosial menyasarkan golongan profesional mereka, iaitu LinkedIn telah mencapai lebih 900 juta pengguna berdaftar.

Daripada angka tersebut, untuk pasaran Malaysia, LinkedIn mempunyai angka pengguna seramai lebih 6 juta ahli.

image is not available

Walaubagaimanapun, ini adalah angka berdaftar yang dikongsikan oleh Microsoft, dan tidak menyatakan berapakah pengguna aktif mereka untuk setiap bulan.

LinkedIn telah mula mendapat perhatian kebelakangan ini, dan turut digunakan ramai dalam melakukan pencarian pekerjaan, selain berhubung dengan golongan pekerja lain dengan mudah melaluinya.

Bagi anda sendiri, apakah anda aktif menggunakan LinkedIn?