LinkedIn Menguji Bentuk Pelayaran Video Seperti TikTok

TechnologyDigital
28 Mar 2024 • 12:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok pada hari ini sedia menjadi salah satu platform video popular yang dituju ramai dalam mendapatkan pelbagai variasi kandungan. Populariti TikTok turut membuatkan beberapa pihak seperti Facebook dan Instagram mengintegrasikan ciri paparan dan pelayaran video lebih kurang sama pada platform masing-masing.

Kini, LinkedIn turut tidak ketinggalan dan telah mulakan ujian untuk paparan dan pelayaran video dalam bentuk lebih kurang seperti TikTok. Melalui ujian yang dipertontonkan, apabila pengguna membuka sesuatu video, anda seterusnya boleh menatal ke atas dan ke bawah untuk melihat video-video yang seterusnya.

Ini juga secara tidak langsung akan membuatkan pengguna lebih mudah mengikuti kandungan-kandungan video di LinkedIn, selain membolehkan pengguna meluangkan masa yang lebih lama pada platform tersebut.

Buat masa ini, ujian berkenaan dilihat dilakukan secara terhad, dan melibatkan segelintir pengguna sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah LinkedIn akan menawarkannya kepada semua pengguna seluruh dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved