Spotify Menguji Penawaran Kandungan Pembelajaran Berasaskan Video

TechnologyDigital
25 Mar 2024 • 9:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify kini terus mempelbagaikan penawaran kandungan melalui platform mereka, dengan penambahan kandungan pembelajaran berasaskan video. Spotify menguji ciri ini di UK buat masa ini, dan menawarkan kandungan daripada beberapa rakan kerjasama, termasuk BBC Maestro, Skillshare, Thinkific, dan juga PLAYvirtuoso.

image is not available

Spotify menyatakan penawaran kandungan pembelajaran ini akan meliputi empat tema utama, iaitu membuat muzik, menjadi kreatif, belajar perniagaan, dan juga kehidupan sihat. Untuk pengguna di UK, anda boleh melakukan pembelian untuk kursus pembelajaran ini, bersama-sama kandungan lain seperti muzik, podsiar dan juga buku audio.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Spotify akan memperluaskan penawaran kandungan mereka ke luar UK. Namun, ia agak menarik untuk melihat Spotify mempelbagaikan lagi penawaran kandungan, dan tidak terhad untuk muzik semata-mata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved