LinkedIn Mula Mengurangkan Capaian Kandungan Janaan AI

Technology
19 May 2026 • 7:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

LinkedIn Mula Mengurangkan Capaian Kandungan Janaan AI

LinkedIn sedia dikenali ramai sebagai platform sosial memfokuskan kepada golongan pekerja kolar putih. Sejak letusan kecerdasan buatan janaan, laman sosial berkenaan turut dipenuhi dengan pelbagai kandungan janaan AI, dan kini akhirnya pihak LinkedIn mengambil berat berkenaan hal berkenaan.

Melalui perkongsian terbaru, LinkedIn mengatakan mereka akan mula mengurangkan capaian untuk kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan. Disamping itu, kandungan berbentuk mengumpan pengguna dalam berinteraksi juga akan dikurangkan capaiannya.

Dengan langkah ini, LinkedIn dilihat menyasarkan untuk meningkatkan kadar kandungan yang lebih asli pada platform berkenaan, dan bukannya dipenuhi dengan kandungan janaan AI yang tidak begitu digemari ramai pengguna.

Pihak LinkedIn telah mula mengimplementasikan pengehadkan capaian ini sejak beberapa minggu lepas, dan dijangka akan lebih menekankan implementasinya dalam minggu-minggu akan datang.