“Kita Anak Seni Ni Nak Buat Apa?” – Zynakal Kecewa Ramai Sokong Lagu Buatan AI

EntertainmentOpinion
7 May 2026 • 10:34 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Kita Anak Seni Ni Nak Buat Apa?” – Zynakal Kecewa Ramai Sokong Lagu Buatan AI

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Penggunaan teknologi AI (Kecerdasan Buatan) telah memberi impak yang besar dalam kehidupan manusia sekarang kerana dikatakan lebih mudah, pantas dan tingkatkan produktiviti.

Bukan sahaja untuk mendapatkan info, malah ada juga yang menjana lagu menggunakannya. Sebagai contoh golongan Sales Advisor (SA) kereta menjana lagu AI bagi mempromosikan jualan. Malah ramai juga netizen yang dilihat tertarik dengan lagu yang ‘catchy’ itu dan menanti-nantikan lagu AI daripada jenama-jenama kereta yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: “AI Ni Time Bomb” – Pemuda Bimbang Peningkatan Kandungan AI Dalam Dunia Penyiaran [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Jadikan New Wiki” – Netizen Persoal Kenapa Pensyarah ‘Marah’ Pelajar Guna AI, Lecturer Kongsi Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hasilkan Video Azan Guna AI, Stesen Televisyen TV3 Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Zynakal Kecewa Lagu AI Lebih Mendapat Perhatian

Baru-baru ini, penyanyi dan rapper, Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 28, ada berkongsi pandangan berhubung orang ramai yang menggunakan teknologi AI untuk menghasilkan sebuah lagu. Jelasnya, perbuatan tersebut sebenarnya memberi impak kepada industri seni tanah air.

Tambah Zynakal, orang ramai sepatutnya lebih menghargai lagu dan karya yang dihasilkan oleh komposer, pencipta lagu, atau penggubah lagu.

Dia dalam masa sama turut mempersoalkan golongan yang memberi sokongan kepada lagu AI ini.

“Hargai orang sebenar yang buat muzik dekat Malaysia ni. Mamat tu jual kereta kau pergi tunggu next singgle dia?” katanya di laman Threads.

Zynakal berkata, dia tidak mempunyai isu dengan mana-mana SA, namun hanya berharap agar lagu AI tidak diagungkan bagaikan ia adalah muzik sebenar.

“Aku takda beef (isu) dengan dia (SA) cuma jangan la disebabkan dia viral pakai lagu AI terus nak anggap dia musisi (pemuzik) habistu yang kita anak seni ni nak buat apa? Jual kereta?” soalnya.

View on Threads

Terkilan Ramai Support AI Berbanding Lagu Sendiri

Zynakal dalam satu lagi hantaran turut berkata bahawa dia sudah mengeluarkan banyak lagu sebelum ini, namun akhirnya ramai menyokong lagu buatan AI yang boleh dijana dengan proses lebih mudah.

“Aku buat lagu ‘Sakit’, ‘Sendiri’, dan ‘Dalam Diam’. Hujung-hujung orang support lagu AI, kau rasa?” tambahnya.

View on Threads

Malah Zynakal juga dilihat meninggalkan komen pada hantaran oleh sebuah portal tempatan yang bercerita tentang seorang SA yang tular dengan lagu AI dan bakal tampil dengan ‘karya’ kedua.

Image from: “Kita Anak Seni Ni Nak Buat Apa?” – Zynakal Kecewa Ramai Sokong Lagu Buatan AI

Pandangan Zynakal Tentang Sokongan Terhadap Lagu Buatan AI Cetus Perdebatan

Luahan Zynakal ini kemudiannya telah mendapat perhatian ramai. Segelintir warganet dilihat bersetuju dengan pandangannya.

“Aku bukan orang industri tapi hari tu keluar topik masa lepak dengan member berkenaan dengan lagu-lagu AI. Kesian penulis lirik, komposer dan lain-lain. Orang lagi pilih dengar lagu AI,” kata seorang lelaki.

“Sekarang ni seni sebenar semua orang perlahan-lahan lupakan. Sebab tu la saya sendiri tak sokong apa-apa berkaitan AI yang mendapat permintaan lebih dari seni original. Setuju? Jangan risau saya masih dengar lagu-lagu Zynakal,” tambah seorang lagi pengguna Threads.

Minat Lagu AI Sebab Catchy & Bersemangat Sahaja – Netizen

Bagaimanapun, ada juga yang berkata golongan SA yang menggunakan lagu AI ini tidak dianggap sebagai ahli muzik seperti yang dikatakan Zynakal sebaliknya mereka hanyalah seorang yang bijak mengambil peluang dalam mempromosikan produk masing-masing.

“Siapa anggap dia musisi (pemuzik)? Lagu tu hype pada kalangan orang yang buat sales, sebab liriknya berkaitan sales, semangat dan usaha keras serta menarik minta sebab rentak catchy. Tak ada sampai nak bawa ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Kalau nak tahu, golongan sales juga pakai lagu ‘Gemuruh’, Faizal Tahir untuk naikkan semangat,” ujar seorang netizen.

“Lebih kepada isu kemahiran. Dia (SA) bijak ambil peluang. Dengan ilmu dan pengalaman yang kau (Zynakal) ada sebagai anak seni, apa kata kau fikir macam mana nak ambil peluang macam dia,” kata seorang lagi individu.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Kita Anak Seni Ni Nak Buat Apa?” – Zynakal Kecewa Ramai Sokong Lagu Buatan AI
Image from: “Kita Anak Seni Ni Nak Buat Apa?” – Zynakal Kecewa Ramai Sokong Lagu Buatan AI
Image from: “Kita Anak Seni Ni Nak Buat Apa?” – Zynakal Kecewa Ramai Sokong Lagu Buatan AI
Image from: “Kita Anak Seni Ni Nak Buat Apa?” – Zynakal Kecewa Ramai Sokong Lagu Buatan AI
Image from: “Kita Anak Seni Ni Nak Buat Apa?” – Zynakal Kecewa Ramai Sokong Lagu Buatan AI
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan:Video AI Hari Pertama Dalam Neraka: Boleh Murtad Jika Orang Islam ‘Menganjing’ Hukum Allah – UAI [Video]