Linkin Park Tribute Band Bakal Singgah Ke Kuala Lumpur September Ini Menerusi Linkin Park Tribute Experience Tour!

21 Jun 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Peminat band Linkin Park pasti tersenyum dengan rasa teruja selepas poster konsert kumpulan rock itu, Linkin Park Tribute Experience Tour baru sahaja didedahkan kepada umum di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pengumuman tersebut dilakukan di billboard yang terletak di simpang empat Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur, di atas restoran makanan segera McDonalds.

Linkin Park

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur, Mediaberg, konsert berkenaan merupakan peluang unik secara langsung untuk memberikan penghormatan terhadap legasi mendiang vokalis Linkin Park iaitu Chester Bennington.

Selain itu, Mediaberg bakal berkongsi lebih informasi mengenai konsert berkenaan dari masa ke masa.

Antara acara yang pernah dianjurkan oleh Mediaberg termasuklah The King of Veena Rajhesh Vaidhya Live in Kuala Lumpur pada 2022 dan The Sacred Riana Conjuring Live in Kuala Lumpur pada 2023.

Ikuti laman Instagram Mediaberg di .instagram.com/mediaberg untuk maklumat lanjut.