‘Liolaemus archipensis’ cicak spesies baharu ditemui di Peru

Environment
4 Oct 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Liolaemus archipensis’ cicak spesies baharu ditemui di Peru

LIMA – Sepasukan penyelidik mengesahkan penemuan satu spesies cicak baharu di kawasan pergunungan Andes, Peru, menurut kenyataan Muzium Sejarah Semula Jadi Universiti San Marcos.

Spesies baharu yang dinamakan Liolaemus archipensis itu ditemui pada ketinggian melebihi 4,800 meter di wilayah Arequipa, bahagian selatan Andes.

Cicak bersaiz antara enam hingga lapan sentimeter itu menampilkan keunikan corak warna mengikut jantina. 

Cicak betina mempunyai bintik-bintik berbentuk segi empat sama di bahagian belakang, manakala cicak jantan memiliki bintik condong serta sisik berwarna putih yang membantu penyamaran di kawasan berbatu.

Dari segi pemakanan, spesies ini hidup dengan memakan tumbuh-tumbuhan serta haiwan tanpa tulang belakang kecil seperti labah-labah, kumbang, serangga hemiptera, dan larva.

Ketua penyelidik, ahli biologi Ling Huamani-Valderrama berkata, penemuan ini memberi impak positif kepada pemahaman hidupan liar tempatan.

“Pemerihalan spesies baharu ini mewakili satu kemajuan yang amat penting bagi kepelbagaian biologi di negara kami,” katanya.

Beliau menambah, penemuan berkenaan menjadikan jumlah spesies cicak yang direkodkan di Peru kini mencecah 296 spesies. – AFP

 

The post ‘Liolaemus archipensis’ cicak spesies baharu ditemui di Peru appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved