Lionel Messi didenda kerana 'sentuh' pemain lawan

FootballSports
22 Aug 2026 • 7:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lionel Messi didenda kerana 'sentuh' pemain lawan
Messi didenda kerana bertindak kasar terhadap pemain Philadelphia Union, Quinn Sullivan, semasa perlawanan pada Rabu. Foto Bernama

LIONEL Messi dikenakan hukuman denda kerana menampar pemain lawan dalam perlawanan Liga Bola Sepak Utama (MLS), lapor PA Media/dpa.

Bintang Inter Miami berusia 39 tahun itu bertindak kasar terhadap pemain Philadelphia Union, Quinn Sullivan, semasa perlawanan pada Rabu dengan memukul bahagian belakang kepala pemain tengah berkenaan.

Messi kelihatan berang selepas Sullivan didakwa menyikunya, sebelum pengadil masuk campur bagi menenangkan keadaan. Perlawanan di Subaru Park itu berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Satu kenyataan di laman sesawang liga itu memaklumkan: "Jawatankuasa Disiplin MLS telah mengenakan denda dengan jumlah yang tidak didedahkan ke atas penyerang Inter Miami CF, Lionel Messi, kerana melanggar dasar liga berhubung tindakan meletakkan tangan pada bahagian muka/kepala/leher pemain lawan pada minit ke-101+ perlawanan Miami menentang Philadelphia Union pada 19 Ogos.”

Perlawanan sengit itu berakhir dengan dua kad merah pada minit-minit akhir apabila pemain Miami, Yannick Bright, dan adik kepada Sullivan, Cavan, dilayangkan kad merah semasa masa kecederaan.

Seorang lagi pemain Miami, Ian Fray, turut dikenakan denda oleh MLS akibat perselisihan dengan Sullivan.

Miami kini berada di tangga kedua Eastern Conference, tujuh mata di belakang pendahulu liga, Nashville. - Bernama-PA Media/dpa

 

 

 

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved