Lionel Messi Sukar Terima Kekalahan, Bangga Argentina Ke Final Piala Dunia Dua Kali Berturut-Turut

FootballSports
21 Jul 2026 • 12:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bukan mudah untuk menerima kekalahan, lebih-lebih lagi apabila sudah memberikan segala-galanya di pentas sebesar Piala Dunia.

BACA: “Pemenang Sudah Ditentukan?” – Petisyen Singkir Argentina Kumpul 8 Juta Tandatangan, Dakwa FIFA Berat Sebelah

Itu yang dirasai bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi apabila tampil meluahkan rasa sedih selepas pasukannya tewas ketika menentang Sepanyol.

Messi akui luka kekalahan sukar untuk ditutup

Menerusi satu hantaran di Instagram, Messi berkata rasa sakit yang dirasainya terlalu dalam dan tidak mudah untuk menutup luka kekalahan tersebut.

Namun di sebalik kekecewaan itu, pemain tersebut tetap mahu mengingati perkara baik yang telah dilalui bersama pasukan Argentina.

lionel messi

Menurut Messi, antara perkara yang akan terus kekal dalam ingatan ialah bagaimana pasukan Argentina bangkit dalam beberapa perlawanan dengan memberikan segala-galanya di atas padang.

Katanya, sokongan seluruh negara bersama usaha keras kumpulan itu telah membawa Argentina sekali lagi berada dalam kelompok terbaik dunia.

Bangga Argentina ke final Piala Dunia dua kali berturut-turut

View this post on Instagram

A post shared by Leo Messi (@leomessi)

Dalam hantaran sama, Messi turut berkata buat masa ini sukar untuk menilai apa yang telah dilakukan oleh pasukannya.

Bagaimanapun, beliau tetap mengakui pencapaian Argentina mara ke dua final Piala Dunia secara berturut-turut adalah sesuatu yang besar.

Dalam masa sama, Messi turut mengucapkan tahniah kepada Sepanyol atas kejayaan mereka merangkul kejuaraan tersebut.

The post Lionel Messi Sukar Terima Kekalahan, Bangga Argentina Ke Final Piala Dunia Dua Kali Berturut-Turut appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved