Liputan 5G Di Malaysia Kini Meliputi 73% Kawasan Berpenduduk

TechnologyDigital
7 Nov 2023 • 6:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan sedia menyasarkan kadar liputan 5G di Malaysia mencapai 80% kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang penghujung 2023 ini. Berkongsi angka terkini, Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan kadar liputan 5G di Malaysia kini mencapai 73% kawasan berpenduduk.

image is not available

Ini sekaligus memperlihatkan hanya 7% sahaja yang perlu diliputi sebelum mencapai sasaran 80% yang ditetapkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk tahun 2023 ini.

Dengan mencapainya angka 80% kawasan liputan, fasa seterusnya dalam pembangunan rangkaian 5G akan dimulakan – termasuk pembentukan entiti kedua yang turut akan memulakan pembangunan rangkaian.

Pada masa yang sama, kerajaan juga sedang melihat kepada langkah mengalakkan penggunaan 5G yang masih rendah, disamping mengatasi caj tambahan yang dikenakan syarikat penyedia telekomunikasi untuk akses 5G.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved