Liputan 5G Kini Mencapai 82.1% Kawasan Berpenduduk Di Malaysia

TechnologyDigital
27 Nov 2024 • 11:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negara meningkat kepada 82.1 peratus setakat penghujung Oktober lalu berbanding 80.2 peratus sehingga Disember 2023. Selain itu, peratusan liputan Internet di kawasan berpenduduk pula direkodkan pada kadar 98.38 peratus setakat penghujung September 2024 berbanding 97.07% pada 2023.

image is not available

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi perkongsian disiarkan dalam Facebook rasmi turut memaklumkan Pakej 5G Rahmah yang diperkenalkan pada 31 Ogos tahun lalu kini mempunyai sebanyak 873,806 langganan. Selain itu ketersambungan digital di kawasan sekolah dan perindustrian pula telah melibatkan 4,323 sekolah dan 47 kawasan perindustrian, selain 1,463 projek Points of Presence (PoP) telah dilaksanakan.

image is not available

image is not available

Empat aspek fokus pencapaian kementerian iaitu meningkatkan penghayatan terhadap semangat kenegaraan, perkhidmatan dan kandungan penyiaran yang lebih berkualiti, menggalakkan penghasilan kandungan negara yang dinamik dan menghargai pengamal media merupakan antara yang dikongsikan menerusi kemaskini tersebut.