“Lirik lagu ini umpama zikir” – Boleh Pesongkan Akidah, Timbalan Mufti Kelantan Minta Henti Nyanyi Lagu GISBH

Entertainment
1 Oct 2024 • 11:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

“Pasar Ikhwan di Putrajaya, siapakah dia Abuya?”

Boleh dikatakan hampir kesemua daripada kita yang mendengar lagu ini dengan mudahnya boleh terikut-ikut menyanyi dan tidak dapat keluarkan ia daripada fikiran sehingga berhari-hari lamanya.

Malah ada yang gunakan lagu tersebut untuk dijadikan parodi video TikTok dan perkara ini telah mendapat perhatian Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

image is not available

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut dengan lirik lagu GISB Holdings (GISBH) yang didakwa membawa ajaran sesat.

Tambahnya lagi, tindakan itu bercanggah dengan agama Islam dan meminta supaya perbuatan menyanyikan lagu itu yang kini tular di media sosial segera dihentikan.

Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial.

“Justeru saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah,” katanya.

image is not available

Terdahulu, polis telah melancarkan tindakan besar-besaran ke atas rumah kebajikan yang dikendalikan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.

Serbuan ini menyaksikan 402 kanak-kanak, berusia antara 1 hingga 17 tahun yang diselamatkan daripada dakwaan eksploitasi dan penderaan.

Harap lagu tu tidak lagi menghantui korang ye…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.