Lisa Blackpink Jamah Makanan Thai Atas Plak Sempena Meraikan 1 Bilion ‘Streaming’ Di Spotify

Entertainment
16 Nov 2023 • 6:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa tak kenal salah seorang penyanyi kumpulan K-pop, Lisa Blackpink yang sering menjadi kegilaan para peminatnya di seluruh dunia. Selain itu, penyanyi asal Thailand ini juga popular dengan lagu solonya iaitu ‘Money’.

Baru-baru ini, Lisa telah menerima plak penghargaan atas kejayaan lagu ‘Money’ yang telah mencapai 1 bilion streaming di platform lagu, Spotify. Dalam Instagram rasmi Spotify, mereka juga memuat naik video reaksi Lisa menerima plak kemenangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Today’s Top Hits (@todaystophits)

Atas kejayaan lagu ‘Money’, Lisa sangat gembira menerima penghargaan tersebut dan membaca ucapan oleh pihak Spotify.

Lisa, welcome to the Billions Club! With love from Spotify.

Tanpa membuang masa, Lisa segera membuka kotak hadiah tersebut dan dia sangat teruja melihat hadiah plak yang sangat besar itu.

Jamah makanan favourite atas plak

Lisa terus beralih ke dapur untuk memasak makanan kegemarannya iaitu ‘Khai Jiao’. Menurutnya, ‘Khai Jiao’ adalah telur dadar udang ala Thai yang diletakkan sedikit rempah di atasnya.

Setelah ‘Khai Jiao’ siap dimasak, Lisa menghidangkan makanan itu bersama nasi di atas plak kemenangan tersebut sebelum menjamahnya.

Menurut Spotify, lagu ‘Money’ nyanyian Lisa telah mendapat 1 bilion streaming di platform itu dan menjadikan Lisa sebagai penyanyi wanita K-pop pertama yang mencapai kejayaan itu.

Menyingkap di ruangan komen, rata-rata peminat Lisa mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu.

image is not available

image is not available

Sumber: Instagram

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.