Litar Rasa MADANI: Usahawan Tempatan Raih Jualan Lebih RM555,000 Dalam Masa 3 Hari Semasa F1 - KUSKOP

LocalBusiness & Finance
6 Oct 2026 • 2:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Litar Rasa MADANI: Usahawan Tempatan Raih Jualan Lebih RM555,000 Dalam Masa 3 Hari Semasa F1 - KUSKOP

Program keusahawanan Litar Rasa MADANI sempena Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mencatat kejayaan luar biasa selepas merekodkan jumlah keseluruhan jualan sebanyak RM555,350.

Menerusi satu kenyataan, penganjurnya, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berkata sepanjang tiga hari acara berprestij itu, seramai 19,000 pengunjung hadir memberi sokongan kepada 40 usahawan mikro.

"Sepanjang tiga hari penganjuran, seramai 19,000 pengunjung telah hadir memberi sokongan kepada 40 usahawan mikro yang menawarkan pelbagai sajian cita rasa Malaysia.

"Lebih membanggakan, jumlah keseluruhan jualan mencecah RM555,350," katanya.

Usahawan Raih Lebih RM555,000 Semasa F1

Image from: Litar Rasa MADANI: Usahawan Tempatan Raih Jualan Lebih RM555,000 Dalam Masa 3 Hari Semasa F1 - KUSKOP

Pencapaian itu sekali gus melepasi sasaran awal jualan sebanyak RM500,000 bagi tempoh tiga hari, dengan kadar pencapaian 111.07 peratus.

Menurut KUSKOP, jumlah jualan turut meningkat setiap hari sepanjang tempoh berkenaan, bermula dengan RM68,571 pada hari pertama dengan 2,000 pengunjung.

Jumlah itu kemudian meningkat kepada RM175,364 pada hari kedua dengan 7,000 pengunjung sebelum melonjak kepada RM311,415 pada hari ketiga dengan 10,000 pengunjung.

Baca juga:

Susulan pencapaian ini, KUSKOP meluahkan rasa syukur disamping turut mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang datang dan memberi sokongan kepada usahawan tempatan.

"Terima kasih kepada semua yang singgah, membeli, menikmati sajian dan paling penting menyokong usahawan lokal kita," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved