'Live tracker' diaktifkan, misi kemanusiaan ke Gaza boleh dipantau secara langsung

16 Apr 2026 • 11:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perkembangan terkini misi itu boleh diikuti secara langsung menerusi pautan rasmi gsumud.link/tracker.

SHAH ALAM - Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 kini memulakan pelayaran dengan sistem penjejakan langsung (live tracker) rasmi telah diaktifkan bagi membolehkan pergerakan misi itu dipantau secara terbuka.

Perkembangan tentang sistem penjejakan langsung terbabit dikongsikan menerusi hantaran Facebook Sumud Nusantara Official.

Menurutnya, inisiatif tersebut dilaksanakan menerusi kerjasama dengan sebuah agensi penyelidikan terkemuka, Forensic Architecture dengan kepakaran yang membolehkan misi dipantau secara langsung.

"Dalam situasi yang menuntut ketelusan dan akauntabiliti, live tracker ini bukan sahaja berfungsi sebagai medium penglibatan awam, malah menjadi langkah perlindungan penting kepada para peserta di laut.

"Misi ini bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan bagi menyelamatkan nyawa, di samping mencabar sekatan yang dikenakan ke atas Gaza," katanya.

Dalam masa sama, tumpuan dan perhatian masyarakat antarabangsa dilihat sebagai elemen penting dalam misi kemanusiaan tersebut.

Perkembangan terkini misi itu boleh diikuti secara langsung menerusi pautan rasmi gsumud.link/tracker

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved