Keputusan Peperiksaan STPM 2025 boleh disemak mulai 9 September 2026 (Rabu), jam 10.00 pagi bagi semakan online. Anda boleh buat semakan online melalui https://stpm.mpm.edu.my/stpmK/
Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui media rasmi dan infografik rasmi di media sosial rasmi badan tersebut.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan bagi pelajar-pelajar yang terlibat.

Mengenai STPM
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ialah peperiksaan bagi kelayakan pra-universiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan merupakan laluan utama untuk kemasukan ke universiti awam.
Ia merupakan peperiksaan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Pengajian Tingkatan 6 ini mengambil masa selama 3 semester (1.5 tahun) dan menggunakan sistem pentaksiran berasaskan sekolah serta peperiksaan akhir setiap semester.
Pengredan STPM
Pengredan peperiksaan ini adalah seperti berikut:
| Gred | NGMP (Nilai Gred) | Julat Markah (%) | Keterangan |
|---|---|---|---|
| A | 4.00 | 80 – 100 | Lulus Penuh |
| A- | 3.67 | 70 – 79 | Lulus Penuh |
| B+ | 3.33 | 60 – 69 | Lulus Penuh |
| B | 3.00 | 50 – 59 | Lulus Penuh |
| B- | 2.67 | 47 – 49 | Lulus Penuh |
| C+ | 2.33 | 44 – 46 | Lulus Penuh |
| C | 2.00 | 40 – 43 | Lulus Penuh |
| C- | 1.67 | 37 – 39 | Lulus Sebahagian |
| D+ | 1.33 | 33 – 36 | Lulus Sebahagian |
| D | 1.00 | 30 – 32 | Lulus Sebahagian |
| F | 0.00 | 00 – 29 | Gagal |
Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2026
Info Penting Semakan Keputusan STPM 2026 Semester 2
- Tarikh & Masa Keputusan Diumumkan
Keputusan STPM 2025 akan diumumkan pada 9 September 2026, 10.00 pagi, melibatkan semua jenis calon. Tarikh tutup adalah pada 13 September 2026, 11.30 malam.
- Cara Semakan Keputusan
Calon boleh menyemak keputusan melalui dua kaedah utama iaitu secara dalam talian melalui portal rasmi MPM (https://stpm.mpm.edu.my/stpmK/), atau menggunakan khidmat SMS dengan menghantar format yang ditetapkan ke nombor 15888 mulai 11.00 pagi.
- Saluran Pertanyaan & Aduan
Sebarang pertanyaan, aduan atau masalah berkaitan boleh dihantar melalui emel rasmi:- stpm@mpm.edu.my atau semaksemulastpm@mpm.edu.my.
- Pembayaran Dalam Talian
Permohonan dan pembayaran secara dalam talian serta semakan keputusan melalui pautan:
https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/. Bayaran RM50.00 untuk satu kertas. Keputusan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan.
Cara Semakan Keputusan STPM Online & SMS
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:
KAEDAH SEMAKAN
i) Semakan melalui Pautan MPM
Sila layari pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia.
Atau semak melalui portal MPM di https://www.mpm.edu.my [Laman Utama Portal MPM > Sistem Semakan Keputusan Bagi Pelajar STPM]

Sila isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.
Tekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.
Untuk memohon rayuan semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan.
ii) Semakan Melalui SMS
STPM
Sistem ini akan diaktifkan mulai 9 September 2026 (Khamis), jam 10.00 pagi
Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke stpm@mpm.edu.my.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk media sosial rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:
- Laman web : http://www.mpm.edu.my/
- Facebook : https://www.facebook.com/MajlisPeperiksaan
- Instagram : https://www.instagram.com/majlispeperiksaan/
Soalan Lazim Semakan Keputusan STPM Semester 2 (2026)
Bilakah keputusan STPM Semester 2 2026 diumumkan?Keputusan peperiksaan Semester 2 STPM 2026 boleh disemak mulai 9 September 2026 (Rabu), jam 10.00 pagi.
Di mana saya boleh menyemak keputusan STPM?Semakan boleh dibuat melalui:
Pautan MPM: https://stpm.mpm.edu.my
Portal MPM: www.mpm.edu.my
Calon boleh membuat rayuan semak semula keputusan Semester 2 STPM 2026 secara dalam talian.
Bilakah tempoh rayuan semak semula dibuka?Permohonan dibuka pada 9 September 2026, jam 10.00 pagi.
Permohonan ditutup pada 13 September 2026, jam 11.30 malam.
Berapakah bayaran untuk semak semula?Bayaran yang dikenakan ialah RM50.00 untuk satu kertas.
Di mana permohonan semak semula boleh dibuat?Permohonan dan pembayaran secara dalam talian boleh dibuat melalui:
https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/
Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan.
Baca juga: Wang Pendahuluan PTPTN RM1,500 – Semakan WPP 2026






