Liverpool Terus ‘Beku’ Di UCL

FootballSports
11 Dec 2024 • 8:57 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Liverpool Terus ‘Beku’ Di UCL

Gergasi bola sepak Inggeris, Liverpool terus mengekal rekod tanpa kalah dalam Liga Juara-Juara (UCL) selepas kemenangan tipis 1-0 menentang Girona awal pagi tadi, lapor Afp.

Sepakan penalti Mohamed Salah pada minit ke-62 menjadi pemisah kepada kedua-dua pasukan itu di Estadi Montilivi.

image is not available
Gambar: AFP

Kemenangan itu menyaksikan skuad The Red di bawah kendalian jurulatih Arne Slot mendominasi carta UCL, lima mata di hadapan Bayern Leverkusen di tempat kedua.

Ia sekaligus meletakkan pasukan itu di posisi terbaik ke pusingan 16 terbaik.

Kecewa walaupun raih 3 mata – Slot

“Jika anda bertanya kepada saya mengenai kesemua enam perlawanan, saya sangat gembira dengan semua keputusan…(tetapi) saya tidak berpuas hati dengan persembahan malam ini.

“(Kami) hampir tidak mendominasi bola sepanjang perlawanan, mungkin separuh masa kedua lebih baik tetapi kemudian saya cuba bersikap positif,” kata Slot kepada pemberita.

Kembalinya penjaga gol utama Alisson Becker selepas dua bulan disisihkan akibat kecederaan, dia menjadi watak penting semalam dengan menyelamatkan percubaan berbahaya pihak lawan.

image is not available
Gambar: Josep LAGO / AFP

“Alisson sangat penting untuk kelab ini selama bertahun-tahun, dan menunjukkan hari ini dia adalah antara yang terbaik, terbaik pada pendapat saya, penjaga gol di dunia,” kata Slot lagi.

Perlawanan Everton Vs Liverpool Terpaksa Ditangguhkan

Terdahulu, perlawanan Merseyside Derby antara pasukan bola sepak Everton dan pasukan utama Liga Premier, Liverpool terpaksa ditangguhkan akibat ancaman cuaca buruk berikutan Ribut Darragh, lapor AFP

Gangguan perjalanan yang meluas berlaku apabila angin kencang dan hujan lebat yang melanda beberapa bahagian di barat United Kingdom (UK).

Dalam satu kenyataan, Everton mengesahkan penundaan perlawanan tersebut atas sebab keselamatan. Perkara tersebut diputuskan setelah perbincangan diadakan antara kedua-dua kelab, pihak polis tempatan dan Majlis Bandaraya Everton

“Walaupun kami tahu perkara ini bakal mengecewakan penyokong, namun keselamatan peminat, kakitangan dan pemain lebih penting,” katanya.

Setakat ini, Liverpool mendahului Liga Premier dengan tujuh mata selepas 14 perlawanan musim ini.

Sumber: France24 via AFP