Liverpool waspada ancaman Accrington Stanley

FootballSports
10 Jan 2025 • 11:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Arne Slot

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot menyifatkan perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang kelab Divisyen Empat, Accrington Stanley sebagai sesuatu yang istimewa di Anfield pada Sabtu.

Jelas bekas pengendali kelab liga Eredivisie Belanda, Feyenoord Rotterdam itu, setiap pasukan yang menentang kelab Merseyside tersebut terutamanya pasukan dari liga bawahan telah lebih bersedia.

“Malah mereka tentu sahaja melakukan persediaan rapi untuk perlawanan ini selama berminggu-minggu... jadi kami perlu membawa yang terbaik daripada diri kami.

“Jika kami pergi ke final Liga Juara-Juara, semua orang teruja, begitulah juga dengan mereka (Accrington Stanley) esok, ia ibarat seperti final Liga Juara-Juara dan kami perlu sedar tentang itu," katanya.

Tambah Slot, beliau menjangkakan setengah jam pertama paling sukar, kerana akan menjadi sangat sengit.

“Kami juga perlu bersedia untuk mereka tampil bermain permainan terbaik dalam hidup mereka. Itulah yang perlu kami lakukan juga,” kata Slot.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved