LKAN: KKM capai objektif kurangkan penyakit dan kematian akibat denggi

22 Nov 2023 • 3:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pengurusan kawalan penyakit denggi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencapai objektif mengurangkan kejadian penyakit dan kematian, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.

Bagaimanapun laporan itu memaklumkan terdapat beberapa kelemahan dalam aspek pengurusan yang memberi kesan kepada keberkesanan pengurusan kawalan penyakit denggi seperti pasukan petugas dan peralatan bagi melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan serta kerjasama masyarakat dalam menangani penyakit tersebut.

Laporan itu mengesyorkan KKM mengambil tindakan penambahbaikan seperti meningkatkan aktiviti pencegahan terutama di kawasan yang berisiko tinggi dengan kerjasama komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengurusan bangunan, pihak swasta atau badan korporat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

KKM juga disyorkan agar memberi keutamaan supaya sumber, pasukan petugas dan peralatan dapat diadakan secukupnya bagi memastikan aktiviti pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“KKM disyorkan agar meningkatkan program kesedaran peringkat awal seperti di sekolah, institut pengajian tinggi serta pejabat dengan menyebar luas promosi di media elektronik dan sosial,” menurut laporan itu. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved