
Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul nak keep up.
Tapi pada masa yang sama mesti korang pun nak tahu apa isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang kan?
Korang jangan risau, dekat bawah ni kita akan senaraikan beberapa isu viral dan sensasi yang berlaku pada minggu ini untuk rujukan korang. Lepasni kalau nak bercakap atau berbincang pasal isu yang berlaku takdelah korang macam orang terlepas bas. Jom!
1. Engku Emran sah bercerai dengan Noor Nabila

Isnin lalu, Engku Emran dan Noor Nabila telah sah bercerai talak satu selepas lelaki ini melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekaligus meleraikan ikatan perkahwinan yang terjalin selama dua tahun.
Sebelum ini, Noor Nabila telah memberitahu media bahawa dia bakal bercerai dengan bekas suaminya itu selepas Emran menyatakan hasratnya untuk bercerai selepas keluar dari rumah mereka pada Januari tahun ini dan selepas berbincang secara baik, mereka bersetuju untuk bercerai.
Selain itu, Emran yang telah menerima kecaman selepas bercerai selama tiga kali ini turut memuat naik posting di Instagram dengan memberikan penghargaan kepada ketiga-tiga bekas isterinya.
Saya tak pernah keluar mencari mereka atau merancang untuk mengahwini mereka tapi mereka muncul dalam hidup saya ketika saya sedang bekerja dan kemudian kami jatuh cinta.
“Seorang beri saya anak. Seorang kenalkan saya dengan orang hebat di Indonesia dan membuat haji bersama saya. Dan seorang jadikan saya seorang anak yang baik kepada Mummy. Jadi saya anggap ia adalah pengajaran mengapa takdir kami bertembung.”
Artikel berkaitan: Engku Emran Beri Penghargaan Buat 3 Bekas Isteri, Perjelas Tidak Pernah Rancang Kahwini Mereka
2. Jiran tak tahan ‘YouTuber’ Ammar Nazhan buat hal

Agak kecoh di media sosial apabila seorang jiran kawasan perumahan elit Lakefront Villa telah membuat aduan kepada Mohd Fadli Salleh mengatakan bahawa Ammar Nazhan sering menggangu ketenteraman penduduk di sana dengan berbuat bising pada waktu tengah malam serta didakwa bersekedudukan dengan teman wanitanya.
Ekoran ini, Ammar sendiri telah memuat naik kenyataan di media sosial menafikan perkara tersebut dan mengatakan bahawa dia sendiri akan mengambil tindakan ke atas tuduhan tanpa bukti yang dilemparkan oleh individu tersebut.
Namun begitu, jiran yang membuat aduan menerusi Facebook Mohd Fadli Salleh ini mengatakan bahawa dia telah pun mengumpulkan semua bukti tentang onar yang dilakukan oleh Ammar serta bersedia untuk disaman.
Malah, seorang peguam yang aktif di media sosial Nor Zabetha juga turut menyatakan persediannya untuk mewakili jiran kawasan perumahan tersebut sekiranya YouTuber tersebut benar-benar mahu mengambil tindakan.
Wow panazzzz
Artikel berkaitan: “Nak saman? Bring it on” Ada Bukti Video & Gambar, Jiran Tak Gentar Ugutan Ammar Nazhan
3. Influencers tak kenal bendera negeri-negeri Malaysia

Baru-baru ini, satu video telah tular di media sosial menunjukkan temu bual di mana pempengaruh media sosial perlu meneka bendera negeri-negeri di Malaysia.
Namun begitu, ramai yang kecewa apabila melihat kebanyakan pempengaruh yang popular di media sosial ini gagal menamakan bendera-bendera negeri Malaysia dengan betul. Alamak, korang semua hafal ke semua bendera negeri?
Artikel berkaitan: “Benda basic kot” – Netizen Kecewa Influencer Tak Dapat ‘Cam’ Bendera Negeri-Negeri Di Malaysia
4. Shah Rukh Khan hadir upacara keagamaan Hindu

Ramai peminat Shah Rukh Khan kecewa apabila melihat pelakon popular ini telah hadir ke sebuah majlis keagamaan Hindu dan dilihat turut mengikuti upacara menyambut kelahiran dewa berkepala gajah ‘Ganesha’ yang merupakan tuhan kemakmuran dan kebijaksanaan untuk penganut agama Hindu.
Rata-rata peminat SRK di Malaysia telah mempersoalkan tindakan pelakon ini lebih-lebih lagi selepas dia telah dilihat melakukan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah ketika menjalani penggambaran filem di Arab Saudi.
Macam yang korang tahu, SRK telah berkahwin dengan Gauri Khan yang beragama Hindu dan sebelum ini pernah memberitahu bahawa anak-anaknya dibenarkan untuk memilih agama yang ingin dianuti.
Artikel berkaitan: “Bukan baru balik umrah ke?” – Hadir Upacara Keagamaan Hindu, Netizen Persoal Tindakan Shah Rukh Khan
5. Viral video anggota polis belasah bakal isteri

Satu video telah tular di media sosial menunjukkan rakaman suara seorang lelaki yang didakwa merupakan anggota polis bahagian jenayah telah memukul bakal isterinya selepas dia wanita tersebut mendapat tahu bahawa dia telah berlaku curang.
Dikatakan, kejadian pukul bakal isterinya ini telah berlaku seminggu sebelum perkahwinan mereka. Namun begitu, selepas video tersebut tular, lelaki ini dikatakan telah menjadikan kisah pelakon Hafidz Roshdi sebagai contoh kepada apa yang berlaku pada dirinya.
Kalau dia boleh, aku pun boleh la.”
Pun begitu, selepas terlalu banyak kecaman yang diterima, lelaki ini akhirnya membuat video penjelasan mengatakan bahawa kejadian tersebut telah berlaku setahun yang lalu.
Dia dan wanita tersebut dikatakan telah pun berkahwin dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata. Lelaki ini turut mengakui salah kerana memukul tunangnya itu dan mengatakan tindakannya itu adalah akibat dari tak tahan dibebel kerana curang.
Dia turut memberitahu bahawa dia telah pun menyesal dengan perbuatannya itu serta mengatakan dia telah menerima kifarah selepas dia mendakwa dirinya lumpuh separuh badan selepas terkena jangkitan kuman.
Artikel berkaitan: “Saya dah terima kifarah” – Anggota Polis Kasari Tunang Sebab Kantoi Curang Akui Sudah Bertaubat
Fuh, banyak juga benda kena catch up ya?
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



