
Dengan lambakan aplikasi media sosial yang ada sekarang, makin senang untuk korang ketahui isu semasa dan isu viral yang berlaku. Pun begitu, dengan kesibukan kehidupan harian dan kerja, mungkin ada beberapa isu yang korang terlepas pandang.
Tapi jangan risau, #LobakMerahTOP5 akan kompilasikan lima isu yang paling hangat dan menarik berlaku pada minggu ni. Kalau nak tahu, jom baca!
1. Drama ‘Surat Dari Tuhan’ dikecam gara-gara gunakan makam Rasulullah?
Baru-baru ini, satu klip dari drama berjudul Surat Dari Tuhan telah menerima kritikan yang hebat dari netizen gara-gara pelakon filem tersebut telah menggunakan makam Rasulullah dan Tanah Haram untuk mengugut satu karakter yang dilakonkan oleh Sheila Mambo.
Rasanya tak boleh kan ‘skrip’ macam ni? Even hanya lakonan dan tak berniat tetap tak boleh kan? Mohon pencerahan. pic.twitter.com/QoprzTrH1m
— AL (@ciraplaici) October 30, 2023
Tak cukup dengan itu, ada juga salah satu babak di dalam drama ini menunjukkan karakter lakonan Janna Nick mengatakan kawasan Jabal Rahmah berbau busuk.
Ekoran dari ini, Ustazah Asma Harun turut terpanggil untuk memberi komen mengenai isu ini. Menurutnya, dialog-dialog seperti ini tidak sepatutnya wujud lebih-lebih lagi selepas diketahui penggambaran drama ini dibuat di Mekah dan Madinah.
Ustazah Asma turut menegur pihak produksi agar meneliti drama tersebut terlebih dahulu sebelum dipertontonkan supaya sensitiviti umat Islam dijaga.
Artikel berkaitan: “Takkan takde yang sedar?” – Guna Dialog Makam Rasulullah Di Mekah, Drama ‘Surat Dari Tuhan’ Kena Kecam
2. Watie nafi bercinta dengan Shuib ketika arwah Siti Sarah masih hidup

Dah agak lama spekulasi dan khabar angin mengatakan bahawa Shuib dan isterinya Watie dikatakan berkenalan ketika arwah Siti Sarah masih hidup berkeliaran di media sosial.
Walaupun kedua-dua mereka pernah menafikan perkara ini, masih ada lagi orang yang meragui kejujuran pasangan tersebut.
Macam baru-baru ni, menerusi sesi Q&A di Instagram, Watie sekali lagi mendapat pertanyaan yang sama dari netizen.
Ekoran dari ini, Watie telah menunjukkan tangkap layar DM Instagram menunjukkan bahawa Shuib mula menyapa untuk berkenalan dengannya empat bulan selepas pemergian arwah isterinya itu.
Artikel berkaitan: Dituduh Bercinta Dengan Shuib Masa Arwah Siti Sarah Masih Ada, Watie Tayang Bukti DM
3. Penerbangan Tel Aviv mendarat di Rusia
Baru-baru ini, satu penerbangan dari Tel Aviv, Israel telah mendarat di lapangan terbang di Rusia sehingga menyebabkan ramai rakyat di sana telah memenuhi lapangan terbang yang terletak di Dagestan ini sehingga ada yang cuba untuk masuk ke balai perlepasan bagi menemui orang Israel yang ada dalam kapal terbang tersebut.
Kena serbu pic.twitter.com/15zugcJcZF
— hantu pocong (@hantupo69811886) October 29, 2023
Difahamkan, rata-rata penduduk di kawasan Rusia ini merupakan orang Islam dan mereka bertindak sedemikian ekoran konflik yang sedang berlaku di Israel-Palestin sekarang.
Beberapa sumber mengatakan, ekoran tindakan rakyat tempatan di sana, penumpang-penumpang kapal terbang tersebut dikatakan telah mengunci pintu kerana bimbang dengan keselamatan mereka dan mereka terpaksa berpatah balik.
Artikel berkaitan: “Terpaksa patah balik” – Penerbangan Dari Israel Mendarat Di Rusia, Ramai Tunggu Nak ‘Sambut’
4. Ira Kazar & Syamsul Yusof dikhabarkan bercerai?
Agak kecoh tentang dakwaan baru-baru ini mengatakan bahawa Ira Kazar telah diceraikan melalui WhatsApp oleh suaminya Syamsul Yusof dan dihalau dari rumah. Walaupun pada awalnya cerita tersebut tidak menyebut nama mereka, ramai netizen mengatakan bahawa ia merupakan pasangan kontroversi ini.
Bagaimanapun, bapa Ira Kazar yang juga seorang pelakon mengatakan bahawa dia tak tahu langsung mengenai khabar angin tersebut serta menganggap netizen sengaja mencipta naratif itu.
Selain itu, rakan baik Ira Kazar turut mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan di antara Ira dan Syamsul baik-baik sahaja tak seperti yang dikatakan oleh netizen.
Artikel berkaitan: “Mereka bahagia, cuma tak post di media sosial” – Rakan Dedah Ira Kazar & Syamsul Masih Bersama
5. PLKN 3.0
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bahawa mereka akan menghidupkan semula Program Latihan Khidmat Negara yang telah dimansuhkan pada tahun 2018 yang lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata PLKN 3.0 ini akan mempunyai progam yang lebih padat dan hanya akan dijalankan dalam tempoh 45 hari.
Ia dilakukan secara dua fasa di mana fasa pertama melibatkan pelajar tingkatan empat manakala fasa kedua melibatkan lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang berumur antara 16 hingga 35 tahun.
Selepas berlaku kekecohan mengenai umur pelatih PLKN yang bakal dipanggil, kerajaan telah menjelaskan bahawa hanya pelajar yang lahir selepas 2007 akan dipanggil bermula tahun 2024.
Fuh nasib baik, panik fikir mana nak hantar anak kalau kena masuk PLKN.
Artikel berkaitan: Kecoh Isu PLKN, Kementerian Pertahanan Beri Penjelasan Isu Had Umur Hingga 35 Tahun
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




