“Logik Je Harga Tu, Kira Murah..” – Individu Kesal Beli 4 Jenis Lauk Berharga RM91, Tapi Netizen ‘Back-Up’ Pemilik Restoran?

LocalFood
9 Dec 2024 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini di platform X, tular satu video memaparkan luahan seorang individu wanita yang berasa terkejut selepas membeli empat jenis lauk berbeza dengan harga RM91 di sebuah restoran yang terletak di Semenyih.

4 jenis lauk harga RM91, logik ke tak?

Dapat dilihat, wanita itu memberitahu dirinya membeli lauk-pauk seperti tiga ketul ayam goreng, sambal terung, satu kilo daging dendeng dan tiga senduk siput sedut.

Susulan itu, individu terbabit persoalkan sama ada logik atau tidak harga sedemikian dikenakan kepadanya sedangkan dia hanya membeli empat jenis lauk saja.

Netizen anggap logik, daging dan siput mahal

Biarpun meluahkan rasa kesal dengan harga yang dikenakan oleh restoran terbabit, kebanyakan netizen yang melihat video itu merasakan logik untuk restoran tersebut meletak harga sebanyak RM91.

image is not available

image is not available

image is not available

Rata-ratanya merasakan lauk yang diambil oleh wanita itu memang mahal, lagi-lagi apabila dia mengambil sekilo daging dendeng.

image is not available 2 months ago

“Dua Ekor Lobster, RM180...” - Harga Nasi Lemak Di Terengganu Cecah RM410 Buat Ramai Terkejut