Logitech Dikecam Atas Tetikus Beli Sekali Guna Selamanya Dengan Langganan

TechnologyDigital
7 Aug 2024 • 10:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam podsiar Decoder oleh The Verge, Nilay Patel telah menemuramah CEO Logitech iaitu Hanneke Faber. Hanneke Faber menyatakan pasukan Logitech di Ireland telah membangunkan produk konsep, sebuah tetikus yang lebih berat berbanding biasa untuk dibeli sekali dan digunakan selamanya. Selepas ramai media melaporkan perkara ini, Logitech terus dikecam.

Baru-baru ini The Verge melaporkan yang Logitech telah mengeluarkan kenyataan, kerana orang ramai telah salah faham dengan konteks temuramah. Tetikus ini hanya satu idea bukan produk sebenar dan Logitech langsung tiada perancangan dalam menawarkan tetikus kepada pelanggan yang memerlukan langganan untuk menerima sokongan.

image is not available

Tidak kira sama ada prototaip atau produk konsep telah dibangunkan atau idea ini dipertimbangkan kerana orang ramai sudah letih dengan semua perkara tidak kira gajet, perkhidmatan digital, insurans, kesihatan dan banyak lagi semuanya memerlukan langganan. Itu sudah komitmen penting, kemudian Logitech jenama dipercayai ramai ada hati mempertimbangkan tetikus yang ingin dijadikan satu lagi komitmen kepada pengguna ia membuatkan ramai kecewa.

Dalam temuramah The Verge bersama Faber, tetikus ini akan dijamin dengan kemas kini perisian yang akan disokong melalui langganan atau mungkin ia boleh dikitar semula untuk menerima tetikus ganti. Logitech turut membandingkan idea tetikus dengan langganan ini seakan pengguna membeli jam Rolex.

Apa kata anda?