Loji Rawatan Dihenti Sementara: 472 Kawasan Selangor Dijangka Alami Gangguan Air

24 Dec 2022 • 9:58 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah pentadbirannya dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7 pagi ini - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Air Selangor terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan sementara operasi di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) dan LRA Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi), susulan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Menurut kenyataan Air Selangor, ekoran henti tugas di dua LRA itu, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah pentadbirannya dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7 pagi ini.

“(Ini membabitkan) 172 kawasan di Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual,” menurut kenyataan dimuat naik di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Air Selangor memberitahu, pihaknya akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium.

“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

“Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya. – Getaran, 24 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved