Lokasi Rumah Ditukar Jadi ‘Miskin Adab’ Di Google Maps, Tuan Empunya Parcel Tampil Mohon Maaf

Entertainment
13 Apr 2023 • 1:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular satu foto di media sosial berkenaan dengan nasib seorang penghantar barang yang dilayan kasar menerusi tulisan yang terpampang di bungkusan penghantaran itu.

Gambar tersebut menunjukkan panduan ke rumah penerima dengan ayat-ayat yang penuh dengan sindiran. Melihat kata-kata yang diberikan oleh penerima itu, pemilik parcel teruk dikecam satu Malaysia.

 

“Kalau b*doh tengok maps jangan jadi rider”

image is not available

Oleh itu, pemilik bungkusan tersebut ada membuat permohonan maaf secara terbuka, mengaku dirinya khilaf, individu yang enggan mendedahkan dirinya ini meminta maaf kepada rakyat Malaysia melalui Shahruddin Helmy untuk disampaikan sampai ke mata warganet.

Individu tersebut juga mengaku salahnya dan menyesali dengan tindakan yang dia telah lakukan, difahamkan lebih teruk lagi, alamat rumah individu tersebut telah bertukar nama ‘miskin adab’ di Google Maps.

Berikut merupakan kenyataan dan penjelasan individu ini.

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"Itulah peribahasa yg dapat diungkapkan buat kisah…

Posted by Shahruddin Helmy – Eddie on Wednesday, April 12, 2023

Sebagai seorang yang turut bekerja sebagai delivery rider, Shahruddin juga akui rasa terkesan apabila membacanya. Shahruddin mengaku bahawa dia mungkin akan tularkan juga seandainya perkara ini terjadi keapdanya.

Jelasnya, mula-mula dia malas nak ambil pusing namun, setelah melihat individu yang merupakan pengikutnya di Facebook dilihat memang benar-benar ikhlas ingin membuat permohonan maaf, dia pun rajinkan diri dan menggesa orang ramai untuk memaafkan pemilik parcel tersebut.

“Siapalah kita ni sebagai manusia untuk menghukum kesilapan orang lain dan saya berharap pemilik parcel ini betul-betul insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Di bulan Ramadhan yg mulia ni harap kita semua dapat memaafkan kesilapan beliau dan memadam semua post-post di pages-pages dan juga memadam nama beliau di Google Maps.”

Hurm, memang betul-betul hebat kuasa viral ni, apa pun jaga lah tingkah laku kita.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.