Loke letak jawatan: Hannah Yeoh enggan dedah butiran mesyuarat! Minta hormat keputusan CEC

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 4:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh enggan mendedahkan secara terperinci hasil mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang didakwa menyentuh kedudukan pemimpin parti itu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata, CEC setakat ini hanya membuat keputusan bahawa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

“CEC telah bermesyuarat lama dan pelbagai cadangan telah diberikan dan pendapat kita telah dengar.
“Dan keputusan akhir iaitu keputusan muktamad CEC, ‘this is the highest decision-making body’, telah membuat keputusan bahawa YB Anthony Loke menawarkan diri untuk meletak jawatan.
“Dan itu adalah keputusan CEC. Perbincangan lain saya tak nak dedahkan kerana itu adalah dalam perbincangan CEC, tetapi kita kena hormati keputusan yang CEC telah buat,” katanya.

Image from: Loke letak jawatan: Hannah Yeoh enggan dedah butiran mesyuarat! Minta hormat keputusan CEC

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status dirinya sama ada turut akan meletakkan jawatan dalam anggota Jemaah Menteri.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata beliau dijangka mengadakan pertemuan dengan Loke dalam masa terdekat susulan keputusan pemimpin DAP itu untuk meletakkan jawatan sebagai menteri.

Anwar berkata, pertemuan berkenaan akan diadakan sebaik sahaja Loke selesai menjalankan urusannya di Shanghai.

Dalam perkembangan sama, Hannah yang juga Anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan enggan mengulas mengenai minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

“No comment on Lembaga Pengampunan. Soalan lain?” katanya pada sidang media selepas mengumumkan pelaksanaan Bazar Deepavali 2026, hari ini.

Image from: Loke letak jawatan: Hannah Yeoh enggan dedah butiran mesyuarat! Minta hormat keputusan CEC

Jumaat lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk membayar denda RM50 juta.

Image from: Loke letak jawatan: Hannah Yeoh enggan dedah butiran mesyuarat! Minta hormat keputusan CEC

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat ke-64 Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara pada 18 September lalu.

Sumber: Harian Metro (Syafiqah Damanhuri)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved