
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, sebagai respons parti itu terhadap isu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diberi pengampunan bersyarat untuk jalani baki hukuman secara tahanan di rumah.
Beliau berkata surat peletakan jawatan itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
“Keputusan ini dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung selama tiga jam bagi membincangkan perkembangan berkenaan.
“Saya mengemukakan cadangan ini kepada CEC dan kita membuat keputusan bahawa saya meletakkan jawatan sebagai reaksi parti terhadap apa yang telah berlaku,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, Sabtu.






