Longgarkan syarat SMM2H untuk tarik warga asing

4 Mar 2024 • 2:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Kerajaan Negeri diharap dapat melonggarkan beberapa syarat tertentu bagi permohonan program Sabah Rumah Keduaku (SMM2H) yang dijangka akan dilancarkan bulan depan.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, antaranya membabitkan aspek simpanan tetap agar lebih ramai berminat menyertai program itu.

“Jika kita tetapkan (simpanan tetap) terlalu tinggi, saya khuatir tidak ramai akan berminat menyertai SMM2H dan mungkin mereka lebih memilih Sarawak kerana ia lebih rendah.

“Kita wajar mengambil peluang ini (SMM2H) setelah lama terhenti atas sebab-sebab tertentu berbanding Sarawak yang sudah membuka semula program ini sejak 2021 lalu lagi.

SPONSORED CONTENT Sabah blackouts a thing of the past with electricity power handover Kota Kinabalu: Blackouts or power outages, a regular feature in the Land below the Wind, could be a thing of the past with the federal government’s phased handover of regulatory power on Sabah’s electricity supply to the state government. Read more “Namun, saya percaya kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor akan mengambil kira banyak perkara agar SMM2H dapat direalisasikan,” katanya di Karnival Sukan DHRM, di sini, Ahad.

Dilaporkan, Sarawak menerusi MM2H yang dimulakan sejak 2007, sehingga hari ini sudah meluluskan seramai 2,198 peserta melibatkan golongan rakyat atasan dan profesional dari beberapa negara maju.

Sarawak turut menambahbaik beberapa syarat pada tahun 2022 lalu iaitu pemohon secara mandatori perlu buka akaun simpanan tetap dengan mana-mana bank tempatan di wilayah itu berjumlah RM150,000 untuk individu, manakala RM300,000 untuk pasangan.

Penambahbaikan itu turut melibatkan aspek tempoh minimum pemegang visa itu berada Sarawak di mana kini mereka dikehendaki menetap di Sarawak sekurang-kurangnya 30 hari setahun berbanding dengan 15 hari setahun sebelum ini.

Pemohon SMM2H juga dibenarkan bekerja atau terlibat dalam perniagaan sepanjang tempoh penyertaan program berkenaan, namun ia tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Ruslan yang juga wakil rakyat Lumadan turut menyifatkan inisiatif kerajaan negeri yang akan membuka semula program SMM2H sebagai langkah tepat.

Beliau berkata, manfaat SMM2H amat besar dan merangkumi bukan saja pembangunan ekonomi Sabah tetapi juga kepentingan rakyat menerusi pelbagai kepakaran ekspariat program itu.

Menurutnya, data Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjukkan MM2H berupaya merangsangkan ekonomi negara dengan pendapatan nilai tambah kasar terkumpul berjumlah RM11.89 bilion sejak 2002 hingga 2019.

“Rangsangan ekonomi ini diperolehi melalui fi visa, pembelian hartanah, pembelian kenderaan persendirian, simpanan tetap dan perbelanjaan bulanan isi rumah. Justeru, sebagaimana kenyataan saya sebelum ini, pemegang visa SMM2H ini terdiri daripada kalangan profesional dari pelbagai sektor ekonomi yang secara langsung dapat merancakkan ekonomi Sabah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.