Lonjakan Permintaan Punca Sistem MyKasih Tergendala, Rakyat Gagal Gunakan Bantuan SARA

LocalBusiness & Finance
31 Aug 2025 • 1:43 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR: Sistem terminal MyKasih dilaporkan mengalami kelewatan pemprosesan transaksi mulai hari ini, susulan lonjakan volum pembelian yang tidak diduga pada hari pertama pelaksanaan bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Punca Masalah

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan,kelewatan itu berpunca daripada jumlah transaksi yang “sangat tinggi” ekoran pelaksanaan bantuan one-off bernilai RM100 itu. “Ia mengakibatkan sebahagian premis runcit menghadapi kesukaran untuk memproses transaksi pada hari ini,” jelas kenyataan itu.

Permohonan Maaf Dikeluarkan

Kementerian itu dan MyKasih secara rasmi memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para penerima bantuan.

Jangkaan Pulih

“Pasukan teknikal MyKasih sedang bergiat aktif untuk menyelesaikan isu ini dan sistem dijangka akan kembali stabil dalam masa terdekat,” jelas kenyataan tersebut.

Menurut laporan media, gangguan sistem itu menyebabkan ramai penerima di beberapa kawasan tidak berjaya membuat pembelian barangan keperluan, membangkitkan rasa kecewa dalam kalangan penerima yang terkesan. – The Malaysian Update

The post Lonjakan Permintaan Punca Sistem MyKasih Tergendala, Rakyat Gagal Gunakan Bantuan SARA appeared first on The Malaysian Update.