Penghargaan SARA RM100: Ini Cara Semak Kelayakan Di Portal MyKasih

LocalPersonal Finance
21 Aug 2025 • 11:40 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penghargaan SARA RM100: Ini Cara Semak Kelayakan Di Portal MyKasih

Umum mengetahui, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan RM100 one-off kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan.

Bantuan ini akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 dan ditebus guna melalui MyKad masing-masing sehingga 31 Disember 2025.

Sebelum ini Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan orang ramai boleh membuat semakan terus di portal rasmi MyKasih bermula 21 Ogos hari ini.

Sehubungan itu, SK hari ini ingin berrkongsikan bagaimana cara untuk membuat semakan di bawah.

Cara Semak

Pertama, layari portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah di https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus untuk membuat semakan.

Kemudian masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) dan tekan “Semakan Status”.

image is not available
Gambar: Portal Mykasih

Seterusnya, anda akan mengetahui kelayakan pada paparan skrin.

Beza Penerima SARA Bulanan & Penghargaan SARA

Penerima MyKasih + SARA one-off

Bagi penerima MyKasih sebelum ini, paparan yang akan keluar pada skrin anda adalah seperti ini.

Jadual pertama (atas) merujuk kepada SARA bulanan. Manakala jadual kedua (bawah) untuk Penghargaan SARA RM100 pada hujung bulan ini.

image is not available

Penerima one-off sahaja

Bagi penerima yang hanya menerima Penghargaan SARA sahaja bermula 31 Ogos ini, paparan yang akan keluar pada skrin anda adalah seperti berikut;

image is not available

Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi SARA di sini https://www.sara.gov.my/