Lontar Selipar Di Jamrah, Tindakan Dua Individu Ini Dipertikai Ramai – “Perangai Pelik Ni Allah Tengah Uji”

Entertainment
11 Jul 2023 • 4:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang kita ketahui, melontar batu di Jamrah merupakan salah satu daripada rukun wajib ketika menunaikan ibadah haji di Mekah.

Namun, video di TikTok baru-baru ini meraih perhatian dan mengundang pertikaian ramai warganet selepas ia tular pada hujung Jun lalu.

Menerusi rakaman itu, seorang jemaah wanita di Jamrah tetapi tidak membaling batu sebaliknya melemparkan seliparnya ke tiang berkenaan.

Bukan hanya dia tetapi juga seorang jemaah lelaki turut dilihat melemparkan selipar seperti dilakukan wanita terbabit.

Tindakan mereka itu mengundang kritikan dan dipertikaikan ramai netizen termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.

Sesetengah warganet mempersoal kebersihan di sekitar kawasan tiang tersebut selain ada yang membuat refleksi tentang tingkah laku jemaah yang berpeluang menunaikan Haji.

image is not available image is not available image is not available

image is not available 2 weeks ago

Tragedi Aidiladha: Insiden Rempuhan Terowong Al-Muassim 1990, Lebih 1,000 Mayat Jemaah Haji Bertindih