[VIDEO] Tindakan Jemaah Haji Terlebih Emosi Guna Sandal Untuk Lontar Jamrah Dipertikai Netizen

Entertainment
10 Jul 2023 • 6:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Melontar jamrah (batu-batu kecil) merupakan sebahagian daripada rukun wajib dalam menunaikan ibadah haji di tanah suci. Waktu itu, kita dapat lihat lemparan batu itu dibuat dengan penuh emosi memandangkan perbuatan itu adalah simbolik kepada merejam syaitan.

Bagaimanapun, perlu ada batasannya dan tindakan itu janganlah keterlaluan sehingga mencemarkan kesucian di kawasaan ibadah tersebut yang sekaligus boleh mengganggu amalan kita dalam menunaikan rukun islam yang kelima itu.

 

Lempar sandal dengan penuh emosi

Terdapat satu video tular di TikTok pada hujung bulan lalu memperlihatkan seorang jemaah haji wanita dengan emosinya melemparkan selipar sandal ke tiang tersebut. Dalam pada itu, kelihatan juga seorang jemaah lelaki melakukan perkara sedemikian.

Atas tindakan itu, ia telah mengundang persoalan dan pertikaian netizen sama ada ianya sah atau tidak menggantikan batu kecil dengan selipar, ramai antara mereka menyifatkan bahawa perbuatan itu tidak sah. Bahkan, ada juga yang pelik melihat keadaan sekeliling di kawasan itu, mereka mendakwa ia agak kotor.

image is not available

image is not available

Hurm, mudah-mudahan apabila sampai giliran kita nanti, dapatlah kita mengawal segala perbuatan dan emosi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.