Lori Bawa Bekalan Terbabas Di PLUS Arah Utara, Ribuan Telur Pecah Bertaburan Atas Jalan

20 Jan 2023 • 7:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribuan Telur Pecah Di Lebuhraya PLUS Rembau Angkara Lori Terbabas

Sebuah lori membawa muatan telur di lapor terbabas selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 242.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara hari ini yang menyebabkan ribuan bahan makanan tersebut pecah dan bertaburan atas jalan.

Memetik Sinar Harian, kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 9.00 pagi yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Timbalan Superintendan Hazri Mohamad, hasil siasatan awal yang dilakukan oleh pihaknya mendapati, kemalangan tersebut berlaku selepas lori yang membawa muatan telur itu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri jalan tersebut.

“Ia mengakibatkan lori itu terbalik dan muatan telur dibawanya bertaburan di atas jalan.

“Pemandu lori iaitu lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, kesesakan lalu lintas bagi arah utara dijangkakan berpanjangan dalam tempoh kira-kira dua jam bagi tujuan pembersihan.

Sumber: Sinar Harian