Lori buang sampah haram disita, MPKL perhebat operasi penguatkuasaan

LocalEnvironment
12 Jun 2026 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lori buang sampah haram disita, MPKL perhebat operasi penguatkuasaan

SHAH ALAM, 12 JUN: Dua lori dipercayai digunakan untuk aktiviti pembuangan sampah haram disita Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi operasi penguatkuasaan di Jalan Sijangkang Utama, Telok Panglima Garang, Isnin lalu.

Operasi berkenaan dijalankan Jabatan Penguatkuasaan MPKL dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran selepas kawasan itu dikenal pasti sebagai lokasi aktiviti pembuangan sampah haram.

MPKL memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati berlaku aktiviti pembuangan sampah pukal di rizab jalan tanpa kebenaran.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, perbuatan berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku aktiviti pembuangan sampah pukal di rizab jalan tanpa kebenaran dan merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007,” katanya menerusi Facebook.

Susulan kesalahan itu, MPKL mengambil tindakan sitaan terhadap dua lori yang digunakan dalam aktiviti pembuangan sampah haram terbabit.

“Susulan itu, tindakan sitaan di bawah Undang-Undang Kecil 21(1) telah diambil membabitkan dua lori yang digunakan dalam aktiviti berkenaan,” katanya.

MPKL menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang didapati melakukan kesalahan pembuangan sampah haram.

Menurutnya, aktiviti tersebut bukan sahaja menjejaskan kebersihan kawasan awam malah boleh mencemarkan alam sekitar serta memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat setempat.

Pihak berkuasa tempatan itu turut memaklumkan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti berkenaan serta memastikan kawasan awam sentiasa bersih, teratur dan selamat.

Orang ramai disaran menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan mereka bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved