Lori Jabatan Perhutanan Perak Terjunam Ke Dalam Gaung Akibat Hujan Lebat, 12 Mangsa Cedera [Foto]

LocalEnvironment
24 Nov 2025 • 3:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Keadaan cuaca pada ketika ini dilaporkan kurang baik disebabkan hujan, bahkan beberapa kawasan turut mengalami banjir kerana kenaikan paras air.

Antara kawasan yang sudah mula dinaiki air dan banjir adalah:

  • Selangor di Taman Desa Kemuning, Seksyen 35, Kampung Budiman, Seksyen U14, Kambung Kubu Gajah, Seksyen U17, Giant, Seksyen 13, Taman Sri Lembayung, Seksyen 25, Jalan Opera, Seksyen U2, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 19, Jalan Mat Raji, dan Padang Jawa Seksyen 16.
  • Kelantan di Tumpat, Kota Bharu, Bachok, dan Pasir Puteh.
  • Perak di Perak Tengah, Manjung, Batang Padang, Larut Matang dan Selama.

Bahkan terdapat beberapa laluan di Shah Alam yang telah ditutup oleh pihak berkuasa kerana paras air yang semakin tinggi.

Terdapat beberapa lagi kawasan di negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu turut mengalami banjir. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai bimbang terhadap keselamatan kerana sebarang kemalangan boleh berlaku.

12 cedera, lori Jabatan Perhutanan Perak jatuh gaung

Terbaharu, lori Jabatan Perhutanan Perak dilaporkan terjunam ke dalam gaung setinggi lima meter di Jalan Gunung Batu Putih-Hutan Lipur Kuala Woh pada jam 2.30 petang, semalam (23 November).

Insiden itu berlaku selepas pemandu lori tersebut tidak dapat mengawal kenderaan berkenaan sebelum ia terjatuh ke dalam gaung tersebut. Susulan itu seramai 12 mangsa membabitkan majoritinya kakitangan jabatan berkenaan serta malim gunung cedera.

image is not available
image is not available

Tayar sebelah kiri disyaki tergelincir

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Johari Yahya dalam insiden tersebut lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia awal 30-an berkenaan dalam perjalanan pulang sebaik selesai melakukan tugas memasang papan tanda di sekitar Gunung Batu Putih.

“Semasa dalam keadaan hujan menuruni jalan berbukit, tayar sebelah kiri disyaki telah tergelincir ke sebelah kiri jalan kerana keadaan jalan yang sempit dan licin. Akibat daripada itu, lori tersebut telah hilang kawalan terbabas ke sebelah kiri jalan dan telah berpusing beberapa kali sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam anggaran lima meter.

“Kesemua yang terlibat dalam kemalangan ini telah berjaya keluar daripada lori dengan bantuan orang awam dan pihak bomba yang sampai di tempat kejadian,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, 12 mangsa yang cedera bagaimanapun sudah dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tapah.

image is not available
image is not available

“Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan merancang perjalanan dengan sebaik mungkin terutama ketika musim tengkujuh bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.”

image is not available