Pemandu rentung lori jatuh gaung terbakar

21 Nov 2025 • 3:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan lori dipandu mangsa. Foto: IPD Kota Tinggi
image is not available
Lori dipandu dipercayai terbabas sebelum terhumban ke dalam gaung dan terbakar. - Foto: IPD Kota Tinggi.

KOTA TINGGI – Seorang pemandu lori rentung apabila lori yang dipandunya terhumban ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 26, Jalan Lok Heng–Mawai, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut pada jam 4.35 petang yang melibatkan sebuah lori jenis Volvo.

“Hasil siasatan awal mendapati lori berkenaan dipercayai terbabas sendiri sebelum jatuh dalam gaung lalu musnah terbakar.

“Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun, mengalami kecederaan parah akibat kebakaran melibatkan keseluruhan badan.

“Mangsa turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut,” katanya.

**media[3347268]**

Sementera itu Yusof turut mengesahkan tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan dan pesalah juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tidak kurang lima tahun.

“Semua pengguna jalan raya juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi peraturan dan peka dengan keadaan jalan, terutama di kawasan berselekoh atau berbukit.

“Kami juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu,” katanya.