Lori Langgar Motosikal, Warga Emas Dilapor Maut

21 Jul 2024 • 6:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lori Langgar Motosikal, Warga Emas Dilapor Maut

Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Kamunting, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, menyatakan bahawa kemalangan tersebut dilaporkan pada jam 11.50 pagi.

Dilaporkan, nahas terbabit melibatkan seorang penunggang motosikal berusia 64 tahun dan pemandu lori berusia 44 tahun.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan dari arah sama menghala ke Changkat Larah telah berhenti di lampu isyarat terbabit.

“Ketika lori ingin memulakan perjalanan setelah lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman,” katanya.

Menurut beliau, pemandu lori tersebut segera turun untuk memeriksa dan mendapati bahawa beliau telah melanggar motosikal mangsa.

“Mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tindakan diambil apabila pemandu terbabit dibawa menjalani ujian saringan air kencing serta alkohol dan hasilnya keputusan adalah negatif,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian