Lori Maritim elak kereta membelok mengejut, empat anggota, dua OKT terima rawatan pesakit luar

17 Nov 2026 • 8:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lori Maritim elak kereta membelok mengejut, empat anggota, dua OKT terima rawatan pesakit luar
Tindakan mengelak sebuah kenderaan awam yang tiba-tiba membelok ke kanan dipercayai menjadi punca sebuah lori milik Maritim Malaysia Kelantan terlibat dalam kemalangan di Jalan Peringat-Bachok, berhampiran Kampung Padang Mokan di Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU - Tindakan mengelak sebuah kenderaan awam yang tiba-tiba membelok ke kanan dipercayai menjadi punca sebuah lori milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan terlibat dalam kemalangan di Jalan Peringat-Bachok, berhampiran Kampung Padang Mokan di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu, lori berkenaan membawa empat anggota bersama dua orang kena tuduh (OKT) warga Bangladesh yang dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan di Tok Bali, Pasir Puteh selepas selesai urusan pertuduhan di mahkamah di sini.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kapten Kamal Mohamad berkata, kesemua empat anggota yang terlibat dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan serius.

Menurut beliau, dua OKT warga Bangladesh yang turut berada dalam lori berkenaan selamat dan mengalami kecederaan serius.

"Alhamdulillah, semua anggota kita yang terlibat dalam kemalangan tengah hari tadi seramai empat orang termasuk pemandu dan pengiring hanya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

"Manakala kedua-dua OKT warga Bangladesh juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Ujar beliau, kedua-dua OKT berkenaan kini berada di lokap Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan selepas selesai mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved