Lori milik keluarga Diraja Johor terlibat kemalangan

14 Apr 2023 • 1:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Sebuah lori jenis Mack milik keluarga Diraja Johor terlibat dalam kemalangan di Kilometer 18.8 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu yang turut melibatkan dua kereta jenis Nissan dan Perodua, kira-kira 6.50 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan tersebut disyaki berlaku apabila tayar lori yang sedang bergerak dari arah utara menghala ke selatan pecah secara tiba-tiba,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya tiada kecederaan dialami pemandu lori yang berusia 39 tahun serta kesemua mangsa yang terlibat.

Menurutnya, kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Terdahulu, tular sekeping gambar dan video berdurasi 23 saat di Twitter yang memaparkan sebuah lori dipercayai milik keluarga Diraja terbabas dan memasuki laluan bertentangan di Lebuh Raya Utara-Selatan, semalam. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved