Trak keluarga Diraja Johor terlibat kemalangan

14 Apr 2023 • 12:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Insiden kemalangan berkenaan tular di media sosial.

KULAI – Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden kemalangan melibatkan sebuah trak dipercayai milik keluarga Diraja Johor dengan dua kenderaan lain di Kilometer (KM) 18.8 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), petang Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut disyaki berlaku apabila tayar trak jenis Mack berkenaan pecah ketika bergerak di lebuh raya berkenaan.

“Siasatan mendapati tiada apa-apa kecederaan melibatkan semua mangsa terlibat termasuk pemandu trak yang berusia 39 tahun.

“Kes diklasifikasi di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya pada Jumaat.

Terdahulu, kemalangan berkenaan tular di Twitter dan menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved