Lori Rempuh Beberapa Kenderaan Depan Sekolah

LocalCars
28 Feb 2025 • 9:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lori Rempuh Beberapa Kenderaan Depan Sekolah

Tular di media sosial rakaman sebuah lori merempuh beberapa kenderaan di kawasan berdekatan Sekolah Kebangsaan Tansau, Putatan.

Menerusi rakaman tersebut, beberapa kenderaan dilihat terbalik dan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan berkenaan.

Dalam pada itu, satu rakaman lagi menunjukkan seorang penunggang motosikal sempat menyelamatkan kanak-kanak sejurus sebelum lori tersebut menghampiri mereka.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Kawasan tersebut dipenuhi ibu bapa dan anak yang pulang dari sekolah.

Setakat ini, maklumat lanjut berkenaan pemandu lori, kemalangan jiwa dan punca kejadian belum diketahui.

Salah seorang mangsa turut berkongsi rakaman menunjukkan kenderaan yang dinaiki rosak teruk.

“SK Tansau, syukur alhamdulillah tiada berdarah. Anak, anak buah dan ipar selamat cuma trauma, diorang menangis terus,” luah mangsa.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: TikTok @abgdin077, @joe.malique