Lori Rempuh Enam Kenderaan, Dua Dilapor Maut

18 Jul 2024 • 11:36 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lori Rempuh Enam Kenderaan, Dua Dilapor Maut

Seorang lelaki dipercayai mengalami serangan jantung sebelum lori yang dipandunya merempuh enam kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Bukit Dugang, Sepang, pada Rabu.

Kejadian itu turut mengakibatkan dua lelaki yang merupakan penunggang motosikal maut akibat rempuhan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, menyatakan bahawa Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 9.46 malam.

“Siasatan mendapati kemalangan kira-kira jam 9.10 malam itu melibatkan sebuah lori, empat kereta dan dua motosikal.

“Pemandu lori terbabit dari arah Putrajaya menghala ke Jenderam dipercayai mengalami serangan jantung di lokasi kemalangan mengakibatkan lori terbabit hilang kawalan ke laluan bertentangan sebelum merempuh enam kenderaan lain,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, insiden terbabit mengakibatkan dua penunggang motosikal maut.

“Mangsa masing-masing berumur 53 dan 31 tahun itu maut di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan Hospital Putrajaya.

“Seorang lagi mangsa iaitu pemandu lori terlibat mengalami kecederaan parah akibat kejadian dan sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Putrajaya,” katanya.

Dalam pada itu, siasatan lanjut mengenai kejadian ini sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian