Potong terlalu awal, penyertaan Azizulhasni Awang dibatalkan

11 Aug 2024 • 12:08 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, mengalami kekecewaan besar apabila penyertaannya dalam acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dibatalkan.

Insiden ini berlaku semasa pusingan pertama perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis.

Azizulhasni, yang dikenali dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’, dilihat memotong terlalu awal sebelum derny (motor pemandu) keluar sepenuhnya daripada trek.

Dalam acara keirin, pelumba perlu mengikuti derny sehingga ia keluar dari trek sebelum mereka boleh memulakan pecutan penuh. Tindakan Azizulhasni yang memotong terlalu awal menyebabkan perlumbaan terpaksa dimulakan semula dan penyertaannya dalam pusingan pertama dibatalkan.

Pembatalan ini mengecewakan ramai peminat sukan di Malaysia yang mengharapkan Azizulhasni membawa pulang pingat emas pertama negara dalam acara keirin. Di media sosial, ramai yang menyatakan rasa simpati dan memberikan sokongan moral kepada beliau.

Difahamkan, pasukan Malaysia sedang berbincang dengan juri untuk menentukan kedudukan Azizulhasni dalam perlumbaan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved