Lori Tangki Minyak Terbalik Di Lebuhraya KL-Karak, Guna Laluan Alternatif

LocalCars
11 Oct 2024 • 9:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lori Tangki Minyak Terbalik Di Lebuhraya KL-Karak, Guna Laluan Alternatif

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Sebuah lori tangki minyak terbabas dan terbalik di KM27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari Genting Sempah menghala ke Plaza Tol Gombak, kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan semua lorong di laluan itu ketika ini masih terhalang akibat kemalangan tersebut dan menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif.

“Kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain dan setakat ini, pihak lebuh raya telah melencongkan kenderaan lain supaya keluar ke persimpangan Genting Sempah dan menggunakan Jalan Gombak lama,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, jurucakap LLM memaklumkan pihak lebuh raya turut membuat median opening bagi kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan itu, bagi membolehkan membuat pusingan ‘U’ di KM28.4 untuk berpatah balik menghala ke Genting Sempah dan keluar daripada lebuh raya terbabit.

Sumber: Bernama