Lori Tangki Minyak Terbalik, Jalan Berminyak Dan Pemandu Sempat Selamatkan Diri Sendiri

26 Oct 2022 • 2:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kemalangan kendiri, lori tangki minyak terlibat dalam kemalangan

Lori Tangki Minyak Terbalik, Jalan Berminyak Dan Pemandu Sempat Selamatkan Diri Sendiri. Benar-benar malang tidak berbau. Walaupun hanya melibatkan kemalangan kendiri, tetapi tetap juga boleh mengakibatkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini.

Seorang lelaki yang merupakan seorang pemandu lori tangki minyak telah terlibat dalam sebuah kemalangan kendiri di jalanraya Pan Borneo, Beluru Seksyen, Ladang 3 di Beluru petang semalam.

image is not available
Lori Tangki Minyak Terbalik, Jalan Berminyak Dan Pemandu Sempat Selamatkan Diri Sendiri. Sumber gambar: FB Borneo Network

Lelaki tersebut berjaya menyelamatkan diri tetapi berlaku tumpahan minyak kerana lori tersebut terbalik

Nasib masih menyebelahi lelaki yang berusia 30 tahun tersebut apabila mangsa telah berjaya menyelamatkan dirinya sendiri sebelum pihak penyelamat sampai ke tempat kejadian.

Menurut Pemangku Penguasa Bomba Zon 6 Miri, Ahmad Nizam Sapaiee, 8 orang anggota bomba daripada balai bomba Batu Niah telah diarah bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan pada pukul 2.46 petang.

Sesampai di tempat kejadian, pihak bomba mendapati kemalangan yang melibatkan lori tangki minyak tersebut telah terbalik dan mengakibatkan berlakunya pertumpahan minyak di atas jalan tersebut.

image is not available
Lori Tangki Minyak Terbalik, Jalan Berminyak Dan Pemandu Sempat Selamatkan Diri Sendiri. Sumber gambar: FB Borneo Network

Memandangkan pemandu lori tangki tersebut yang pada asalnya menjalankan tugas membawa minyak kelapa sawit dari kilang di Tinjar untuk dihantar ke kilang di Bintulu tersebut berjaya menyelamatkan dirinya, ini tidak membuat pihak bomba lepas tangan sahaja.

Mereka bersama dengan beberapa individu daripada pihak Pan Borneo Highway bertungkus-lumus membersihkan jalanraya dengan menutupi kawasan yang terkena tumpahan minyak tersebut menggunakan pasir dan hal ini telah berjaya ditanggani seusia jam 4.50 petang.

image is not available
Lori Tangki Minyak Terbalik, Jalan Berminyak Dan Pemandu Sempat Selamatkan Diri Sendiri. Sumber gambar: FB Borneo Network

Semoga para pemandu lori tangki diluar sana lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas masing-masing.

Kalau sebut jalan Pan Borneo sememangnya banyak cerita yang berlaku. Antaranya adalah seperti di dalam artikel dibawah: