

Tular satu klip video yang menunjukkan sebuah lori terbakar bergerak sendrii di Lebuhraya Putrajaya -Cyberjaya. Mujur pemandu berusia 70 tahun nekad terjun dari kenderaan itu.
Timbalan Ketua Polis Sepang, Shan Gopal Krishnan, lelaki tersebut cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan tetapi tidak sempat kerana api marak.

“(Pemandu) bertindak terjun keluar dari lori dan lori telah bergerak sendiri di atas jalan. “(Pemandu lori) mengalami luka-luka ringan manakala lorinya hangus terbakar,” katanya dalam kenyataan.
Punca kebakaran dikatakan mungkin disebabkan enjin kenderaan itu panas melampau.



