Lot kedai di pusat beli-belah terbakar

13 Feb 2025 • 6:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Tebrau berdepan detik cemas apabila sebuah lot kedai terbakar pada pagi Khamis.

image is not available
Kebakaran telah memusnahkan 20 peratus bahagian unit kedai tersebut.

image is not available
Punca kebakaran masih dalam siasatan.

JOHOR BAHRU - Pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Tebrau berdepan detik cemas apabila sebuah lot kedai terbakar pada pagi Khamis.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan berjaya memadam kebakaran berkenaan menggunakan enam unit alat pemadam api jenis debu kering.

Komander Operasi Balai Polis Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Yusri Atan berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 10.16 pagi.

**media[3006337]**

“Kebakaran telah memusnahkan 20 peratus bahagian unit kedai tersebut.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pengawal keselamatan menggunakan enam unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

**media[3006339]**

Beliau memaklumkan, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan di premis berkenaan bagi memastikan keadaan selamat.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan punca kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya.