Premis Terbakar, IOI Mall Damansara Henti Operasi Malam Ini

10 Feb 2025 • 11:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Premis Terbakar, IOI Mall Damansara Henti Operasi Malam Ini

KOTA DAMANSARA — Satu kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah pusat beli belah, IOI Mall Damansara membabitkan salah satu premis di tingkat dua pada jam 7.36 malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan IOI Mall Damansara dalam satu hantaran di Facebook.

Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya oleh bomba pada malam ini.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kejadian berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, pihak pengurusan memaklumkan IOI Mall Damansara akan kembali beroperasi seperti biasa esok.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin memberi jaminan bahawa keselamatan para pengunjung tetap menjadi keutamaan kami,” maklumnya dalam satu kenyataan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved