Lotus Menamatkan Sokongan Aplikasi “Scan & Shop”

TechnologyDigital
12 Aug 2024 • 3:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lotus Malaysia hari ini telah mengumumkan aplikasi “Scan & Shop” akan tidak lagi boleh digunakan di semua cawangan seluruh negara. Tiada sebab diberikan tetapi aplikasi ini mula ditawarkan pada Februari 2020 semasa rangkaian pasara raya mereka masih lagi di bawah jenama Tesco.

Aplikasi ini boleh terus dipasang pada peranti mudah-alih pengguna, seterusnya digunakan untuk mengimbas produk yang ingin dibeli. Sebaik sahaja selesai mengimbas dan memilih produk yang sepatutnya, pengguna boleh terus ke kaunter pembayaran, dan membuat pembayaran menggunakan bar kod yang dijana khusus.

Masih belum diketahui juga sama ada pihak Lotus Malaysia akan menghasilkan aplikasi ganti. Di Play Store, dapat dilihat pengguna di Malaysia merungut aplikasi sudah tidak beroperasi sejak pertengahan Jun. Kami masih cuba mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai penamatan operasi Scan & Shop pada waktu ini.