Lovable Kini Menawarkan Aplikasi Android Dan iOS – Memudahkan Anda Sempoicara Di Mana-mana

TechnologyDigital
29 Apr 2026 • 7:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lovable, salah satu perkhidmatan sempoicara yang popular, hari ini turut memperkenalkan aplikasi mudah-alih rasmi mereka di iOS dan Android, sekaligus memudahkan anda untuk sempoicara di mana-mana walaupun tiada desktop di hadapan anda.

image is not available

Untuk makluman, dengan sempoicara, anda boleh memberikan input berasaskan teks untuk aplikasi atau web yang anda inginkan, dan seterusnya dengan sokongan kecerdasan buatan ia akan membangunkan aplikasi atau web yang anda kehendaki.

Menggunakan aplikasi mudah-alih, anda boleh menyertakan prom untuk apa yang anda ingin tambah atau ubah, sekaligus memastikan anda tidak terlupa dengan idea anda ketika berada di luar atau tanpa akses kep komputer. Lovable pada Android dan IOS turut akan memaklumkan apabila pembangunan anda tersedia, untuk anda mulakan ujiannya.

Bagi anda yang aktif menggunakan Lovable, boleh memuat-turun aplikasi mudah-alih Android dan iOS hari ini, dan menggunakannya dalam sempoicara anda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved